Piagam Pelanggan
Jabatan Meteorologi Malaysia berusaha memberikan perkhidmatan meteorologi dan geofizik yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan keselamatan negara kita. Kami berjanji akan melaksanakan perkara-perkara berikut:
- Permohonan maklumat meteorologi, seismologi dan tsunami akan diberi maklumbalas dalam tempoh 1 hari bekerja dan dibekalkan dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Maklumat cuaca untuk penerbangan disediakan dalam tempoh 3 jam sebelum pelepasan.
- Buletin Cuaca Bulanan akan diterbitkan dalam tempoh 10 hari bekerja pada setiap permulaan bulan berikutnya.
- Ringkasan Pencerapan Cuaca Tahunan akan diterbitkan pada Februari tahun berikutnya.
- Buletin Agrometeorologi 10 hari akan diterbitkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas setiap dekad.
- Tinjauan dan Analisis Agroklimatik Bulanan akan diterbitkan pada minggu kedua bulan berikutnya.
- Permohonan untuk operasi pembenihan awan akan dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja.
- Imej radar dan satelit di laman web akan dikemaskini setiap 30 minit.
- Maklumat awal gempa bumi dan tsunami akan disebarkan kepada agensi-agensi relevan dan media massa dalam tempoh 8 minit daripada kejadian gempa bumi dikesan.
Sebarang aduan berhubung dengan Piagam Pelanggan sila hubungi:
Ketua Pengarah,
E-mel: pengurusan@met.gov.my,
Jabatan Meteorologi Malaysia,
Jalan Sultan 46667, Petaling Jaya, Selangor.
Tel: (603) 79678000 | Faks: (603) 79550964
E-mel: pengurusan@met.gov.my