Piagam Pelanggan


Jabatan Meteorologi Malaysia berusaha memberikan perkhidmatan meteorologi dan geofizik yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan keselamatan negara kita. Kami berjanji akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

  • Permohonan maklumat meteorologi, seismologi dan tsunami akan diberi maklumbalas dalam tempoh 1 hari bekerja dan dibekalkan dalam tempoh 5 hari bekerja.

  • Maklumat cuaca untuk penerbangan disediakan dalam tempoh 3 jam sebelum pelepasan.

  • Buletin Cuaca Bulanan akan diterbitkan dalam tempoh 10 hari bekerja pada setiap permulaan bulan berikutnya.

  • Ringkasan Pencerapan Cuaca Tahunan akan diterbitkan pada Februari tahun berikutnya.

  • Buletin Agrometeorologi 10 hari akan diterbitkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas setiap dekad.

  • Tinjauan dan Analisis Agroklimatik Bulanan akan diterbitkan pada minggu kedua bulan berikutnya.

  • Permohonan untuk operasi pembenihan awan akan dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja.

  • Imej radar dan satelit di laman web akan dikemaskini setiap 30 minit.

  • Maklumat awal gempa bumi dan tsunami akan disebarkan kepada agensi-agensi relevan dan media massa dalam tempoh 8 minit daripada kejadian gempa bumi dikesan.


Sebarang aduan berhubung dengan Piagam Pelanggan sila hubungi:


Ketua Pengarah,
E-mel: pengurusan@met.gov.my,
Jabatan Meteorologi Malaysia,
Jalan Sultan 46667, Petaling Jaya, Selangor.
Tel: (603) 79678000 | Faks: (603) 79550964

E-mel: pengurusan@met.gov.my